Sunday, January 1, 2012

Hari Pertama Tahun Baru

Ahad 1/1/2012 hari pertama tahun baru,pukul 1tengah hari. Aku terdengar bunyi motor posmen yang berhenti di depan pagar rumah aku. Lalu aku melihat di tingkat nampak ada 2 bungkusan surat,aku tidak pergi ambil lagi ketika tu(aku belum lagi order apa-apa barang). Kerana takut bukan surat aku. Setelah aku berada di ruang tamu sedang borak-borak dengan mak aku,abah aku keluar pergi mengambil surat itu di peti surat(abah aku time tu balik makan tengah hari di rumah). Setelah beberapa minit kemudian abah aku bagi bungkusan surat itu kepadaku. Bila aku buka je bungkusan surat tu,aku melihat terdapat beberapa zine dari mahathir(editor Lovegrass). Aku baru teringat yang awal bulan lepas aku ada cakap kat dia yang aku nak zine dia yang isu 4 dan bila zine isu 4 dia dah siap hujung bulan 12. Dia bagi tahu aku yang zine dia dah siap,tetapi aku belum ada duit lagi time tu. Banyak jugalah dia bagi stuff kat aku stiker zine dia,stiker pissar records,zine shutdown dan cd Time Is Monkey compilation(cd tu aku nak order lama dah dengan nizang tapi terlupa pulak). Baru pertama tahun baru aku sudah dapat bungkusan. Zine lovegrass #4 aku order lebih sikit sebab nak jual. 

1 comment:

  1. mosh isu 15 dah rilis, split dengan TSAB isu 5. nizangmosh@gmail.com

    ReplyDelete