Monday, December 12, 2011

Peperiksaan SPM sudah berakhir

Khamis 1 December 2011 berakhirnya exam spm buat aku dengan kertas seni lukisan. Bagi aku itu bukanlah satu kebebasan(merdeka,bahagia) selepas tamat exam spm. Banyak lagi rintangan,dugaan yang akan berdepan.. Setelah aku melihat di facebook status dan gambar2 pelajar yang sudah tamat spm,ramai yang gembira,membuat tandatangan pada baju sekolah,main tepung,bergambar ramai2 dan merasakan diri itu sudah merdeka. Zaman persekolahan aku bukanlah satu kegembiraan macam pelajar-pelajar lain,aku sukar untuk mendapat kawan yang baik dan senang berkawan,banyak dugaan yang aku tempuhi tetapi tak ada kawan pun yang boleh faham dengan diri aku. Nak cari kawan yang satu sekepala dengan kita susah..bukannya senang. Aku selalu lepak-lepak dalam bilik,menonton tv,dengar music,baca komik,baca zine,baca buku,melukis, dan sembang-sembang dengan mak aku. Aku juga selalu membeli cd,kaset,zine,buku dan majalah muzik. Ada masa aku pergi gig,disitu juga kadang-kadang ada kawan yang baru aku baru mengenali.

No comments:

Post a Comment