Ok-ok!!! Aku nak ulas sikit pasal FadedFace ni bersama dengan demo diorang. Khamis 14/3/2013 cd fadedface selamat sampai di rumah abah dan ma aku. Bila aku pasang je cd ni aku terus suka dengan lagu
'anak merdeka' memang sedap r...lagu tu, lagu-lagu lain pun power juga lirik yang power! Selain lagu 'anak merdeka' macam lagu 'flying to the moon' lagu yang kedua aku suka..mereka ni memang best, aku suka band yang main muzik macam ni.
Fadedface ni sudah lama wujud dari tahun 1991-1992 dan terus senyap sehinggalah mereka aktif kembali beberapa tahun lepas sekarang ada rilis demo 2012 mereka. Pada tahun 2011 mereka juga ada main live di Nasi Lemak Kopi O tv9,boleh tengok di youtube.
Ketika di waktu sekolah rendah dulu aku ada terbaca majalah konsert vol 50. Dalam majalah tu ada tulis pasal 'Revolusi Punk Sok Mo Di Terengganu' di dalam penulisan itu juga ada tertulis beberapa band underground teganu yang aktif dan juga tak aktif termasuklah fadedface.
Tak silap aku pada bulan lepas atau awal bulan ini(bulan march) aku lihat di fb nervhous records ada jual cd fadedface. Terkejut juga tengok fadeDface ada rilis demo, mana tak terkejutnya band lama yang terus senyap kembali balik dan ada rilis demo.
Apa-apahal aku suka sangat lagu 'anak merdeka' ni. Kala nak beli cd mereka boleh beli dari nizang nervhous records atau beli terus dari band fadedface harga murah je rm6 ada 6lagu. Lupa pula nak bagi tahu, nizang ada temuramah fadedface kala nak baca temuramah tu boleh buka blog nervhous records.


