Monday, November 11, 2013
Hati manusia memang busuk bila membenci sesama manusia. Bila benci pada orang yang dia tak suka, macam-macam dia akan buat pada orang tu. Supaya hati dia puas. Aku terima apa yang berlaku semua ni. Mungkin ini semua sudah ditakdirkan, nak tak nak kena terima juga apa yang berlaku. Mungkin ini semua ujian dari allah swt buat kami sekeluarga.
Saturday, May 18, 2013
Sudah lama tidak pergi gig
Sudah lama diriku ini tidak pergi gig. Disebabkan ada hal yang tak dapat nak dielakan. Tahun 2012 aku jarang pergi gig dan rasa suka dan duka pun sudah tiada tak macam tahun-tahun 2011. Seingat-ingat aku gig tahun 2012 gig paling aku suka ialah gig Don't Look Back. Gig tu gegey music yang buat. Band yang main ialah second combat,maddame,199x,daisy honey dan coca d monday. Tapi yang best arwith ada jual kaset/cd, aku pun ada tumpang sekali jual stuff di meja dia. Bukan setakat aku dengan arwith je yang jual kaset/cd ada juga orang dari jb yang jual dvd dokumetari,cd dan juga bagi flayer pada crowd disitu. Aku hanya sempat beli album second combat yang baru dari arwith,ingatkan nak beli banyak sebab nak jual tetapi aku tidak mencukupi wang ringgit terpaksalah beli sekeping. Tapi buat aku kecewa ialah aku tak dapat beli tape dari arwith.
199x
Tahun 2013 ini aku belum lagi pergi gig. Pada bulan Jun 2013 nanti ada gig di kota bharu, aku ingat aku nak pergi. Harap-haraplah jadi dan tiada halangan.
199x
Tahun 2013 ini aku belum lagi pergi gig. Pada bulan Jun 2013 nanti ada gig di kota bharu, aku ingat aku nak pergi. Harap-haraplah jadi dan tiada halangan.
Friday, March 15, 2013
FadeDface
Ok-ok!!! Aku nak ulas sikit pasal FadedFace ni bersama dengan demo diorang. Khamis 14/3/2013 cd fadedface selamat sampai di rumah abah dan ma aku. Bila aku pasang je cd ni aku terus suka dengan lagu
'anak merdeka' memang sedap r...lagu tu, lagu-lagu lain pun power juga lirik yang power! Selain lagu 'anak merdeka' macam lagu 'flying to the moon' lagu yang kedua aku suka..mereka ni memang best, aku suka band yang main muzik macam ni.
Fadedface ni sudah lama wujud dari tahun 1991-1992 dan terus senyap sehinggalah mereka aktif kembali beberapa tahun lepas sekarang ada rilis demo 2012 mereka. Pada tahun 2011 mereka juga ada main live di Nasi Lemak Kopi O tv9,boleh tengok di youtube.
Ketika di waktu sekolah rendah dulu aku ada terbaca majalah konsert vol 50. Dalam majalah tu ada tulis pasal 'Revolusi Punk Sok Mo Di Terengganu' di dalam penulisan itu juga ada tertulis beberapa band underground teganu yang aktif dan juga tak aktif termasuklah fadedface.
Tak silap aku pada bulan lepas atau awal bulan ini(bulan march) aku lihat di fb nervhous records ada jual cd fadedface. Terkejut juga tengok fadeDface ada rilis demo, mana tak terkejutnya band lama yang terus senyap kembali balik dan ada rilis demo.
Apa-apahal aku suka sangat lagu 'anak merdeka' ni. Kala nak beli cd mereka boleh beli dari nizang nervhous records atau beli terus dari band fadedface harga murah je rm6 ada 6lagu. Lupa pula nak bagi tahu, nizang ada temuramah fadedface kala nak baca temuramah tu boleh buka blog nervhous records.
Saturday, March 2, 2013
Tidur Lewat
Aku selalu tidur lewat kadang-kadang sehingga jam 4 5 pagi. Aku suka di waktu tengah malam kawasan rumah aku,kerna sunyi sepi hanya kedengaran bunyi motor dan kereta yang lalu di depan rumah aku dan di belakang rumah. Di waktu tengah malam yang sepi itu juga aku gunakan masa untuk membaca zine,book dan menulis. Aku selalu pening dan demam disebabkan tak cukup tidur.
Thursday, February 28, 2013
BOSAN
Setiap hari bosan tak tahu nak buat apa
Ibarat macam tak ada kawan
Ada telefon sendiri ibarat macam hiasan je telefon tu
Tak pernah terima mesej dari kawan sekolah
Selalu berkurung dalam rumah
Kadang-kadang selalu keluar pergi gig
Nasib baik ada cd,kaset,zine,book and tv
Nasib baik juga boleh dengar muzik sebagai peneman
Bersyukur dapat kenal dengan kawan-kawan underground walaupun baru kenal
Kehidupan memang ada-ada saja
PUNKROCK OOO..
Subscribe to:
Comments (Atom)




