Monday, December 12, 2011

Peperiksaan SPM sudah berakhir

Khamis 1 December 2011 berakhirnya exam spm buat aku dengan kertas seni lukisan. Bagi aku itu bukanlah satu kebebasan(merdeka,bahagia) selepas tamat exam spm. Banyak lagi rintangan,dugaan yang akan berdepan.. Setelah aku melihat di facebook status dan gambar2 pelajar yang sudah tamat spm,ramai yang gembira,membuat tandatangan pada baju sekolah,main tepung,bergambar ramai2 dan merasakan diri itu sudah merdeka. Zaman persekolahan aku bukanlah satu kegembiraan macam pelajar-pelajar lain,aku sukar untuk mendapat kawan yang baik dan senang berkawan,banyak dugaan yang aku tempuhi tetapi tak ada kawan pun yang boleh faham dengan diri aku. Nak cari kawan yang satu sekepala dengan kita susah..bukannya senang. Aku selalu lepak-lepak dalam bilik,menonton tv,dengar music,baca komik,baca zine,baca buku,melukis, dan sembang-sembang dengan mak aku. Aku juga selalu membeli cd,kaset,zine,buku dan majalah muzik. Ada masa aku pergi gig,disitu juga kadang-kadang ada kawan yang baru aku baru mengenali.

Tuesday, October 25, 2011

Bapa Saudara Kembali Ke Rahmatullah

Pagi tadi jam 7:20pagi ketika aku masih tidur,mak aku masuk ke dalam bilik lalu mengejutkan aku supaya bangun dari tidur dan bagi tahu yang bapa saudara sudah kembali ke rahmatullah pada jam 2:00pagi tadi (26.10.2011). Pada hari ini sebenarnya aku bersama abah,mak dan kakak aku ingin pergi melawat dia di hospital. Tetapi tak sempat juga melihat dia,aku pun tak tahu dia sakit apa. Jenazah allahyarham bapa saudara aku di kebumikan jam 2petang di kubur kampung kedai buloh di kampung mak aku. Al-fatihah moga-moga roh arwah di cucuri rahmat amin..