Monday, May 11, 2015

RASA MACAM BERSALOH PULOK

Lama juga tak menulis blog ni. RINDU pulok.. Sudah sebulan lebih aku tak membeli cd,kaset,tshirt local dan zine sebab nak jimatkan wang. Selalunya kalo aku nak jimatkan wang aku beli juga satu kaset dan zine yang harga betul-betul murah bawah rm10. Tapi kali ini aku tak membeli langsung stuff underground sebab nak guna duit untuk settlekan masalah yang dah lama tertangguh dan melibatkan wang ringgit. Rasa macam bersaloh pulok tak beli stuff underground pada setiap bulan. Aku kadang-kadang kalo nak beli cd dan zine dengan harga berpatutan aku beli dari nizang sebab dia selalunya ada jual cd(cdr.. ok lah tu dapat juga dengar stuff baru dari band local) dan zine-zine local yang harga berpatutan dan orang yang macam aku ni mampu beli dengan harga macam tu sebab nak jimat cermat dan tak selalu berduit. Kalo kaset memang banyak harga yang jual murah-murah. Paling murah rm5 dan rm6 kaset band-band local yang baru rilis. Tapi aku tak membeli banyak sangat sebab nak berjimat. Harap-harap bulan ini(bulan5) kalo ada duit lebih sikit nak beli satu kaset atau zine.

Monday, November 11, 2013

Hati manusia memang busuk bila membenci sesama manusia. Bila benci pada orang yang dia tak suka, macam-macam dia akan buat pada orang tu. Supaya hati dia puas. Aku terima apa yang berlaku semua ni. Mungkin ini semua sudah ditakdirkan, nak tak nak kena terima juga apa yang berlaku. Mungkin ini semua ujian dari allah swt buat kami sekeluarga.

Saturday, May 18, 2013

Sudah lama tidak pergi gig

Sudah lama diriku ini tidak pergi gig. Disebabkan ada hal yang tak dapat nak dielakan. Tahun 2012 aku jarang pergi gig dan rasa suka dan duka pun sudah tiada tak macam tahun-tahun 2011. Seingat-ingat aku gig tahun 2012 gig paling aku suka ialah gig Don't Look Back. Gig tu gegey music yang buat. Band yang main ialah second combat,maddame,199x,daisy honey dan coca d monday. Tapi yang best arwith ada jual kaset/cd, aku pun ada tumpang sekali jual stuff di meja dia. Bukan setakat aku dengan arwith je yang jual kaset/cd ada juga orang dari jb yang jual dvd dokumetari,cd dan juga bagi flayer pada crowd disitu. Aku hanya sempat beli album second combat yang baru dari arwith,ingatkan nak beli banyak sebab nak jual tetapi aku tidak mencukupi wang ringgit terpaksalah beli sekeping. Tapi buat aku kecewa ialah aku tak dapat beli tape dari arwith.
                             
                                                                      199x

Tahun 2013 ini aku belum lagi pergi gig. Pada bulan Jun 2013 nanti ada gig di kota bharu, aku ingat aku nak pergi. Harap-haraplah jadi dan tiada halangan.

                                         

Friday, March 15, 2013

FadeDface


Ok-ok!!! Aku nak ulas sikit pasal FadedFace ni bersama dengan demo diorang. Khamis 14/3/2013 cd fadedface selamat sampai di rumah abah dan ma aku. Bila aku pasang je cd ni aku terus suka dengan lagu
'anak merdeka' memang sedap r...lagu tu, lagu-lagu lain pun power juga lirik yang power! Selain lagu 'anak merdeka' macam lagu 'flying to the moon' lagu yang kedua aku suka..mereka ni memang best, aku suka band yang main muzik macam ni.

Fadedface ni sudah lama wujud dari tahun 1991-1992 dan terus senyap sehinggalah mereka aktif kembali beberapa tahun lepas sekarang ada rilis demo 2012 mereka. Pada tahun 2011 mereka juga ada main live di Nasi Lemak Kopi O tv9,boleh tengok di youtube.

Ketika di waktu sekolah rendah dulu aku ada terbaca majalah konsert vol 50. Dalam majalah tu ada tulis pasal 'Revolusi Punk Sok Mo Di Terengganu' di dalam penulisan itu juga ada tertulis beberapa band underground teganu yang aktif dan juga tak aktif termasuklah fadedface.

                                         

Tak silap aku pada bulan lepas atau awal bulan ini(bulan march) aku lihat di fb nervhous records ada jual cd fadedface. Terkejut juga tengok fadeDface ada rilis demo, mana tak terkejutnya band lama yang terus senyap kembali balik dan ada rilis demo.

 Apa-apahal aku suka sangat lagu 'anak merdeka' ni. Kala nak beli cd mereka boleh beli dari nizang nervhous records atau beli terus dari band fadedface harga murah je rm6 ada 6lagu. Lupa pula nak bagi tahu, nizang ada temuramah fadedface kala nak baca temuramah tu boleh buka blog nervhous records.                                                                                                       

                                                                                            

Saturday, March 2, 2013

Tidur Lewat

Aku selalu tidur lewat kadang-kadang sehingga jam 4 5 pagi. Aku suka di waktu tengah malam kawasan rumah aku,kerna sunyi sepi hanya kedengaran bunyi motor dan kereta yang lalu di depan rumah aku dan di belakang rumah. Di waktu tengah malam yang sepi itu juga aku gunakan masa untuk membaca zine,book dan menulis. Aku selalu pening dan demam disebabkan tak cukup tidur.

Thursday, February 28, 2013

BOSAN

   Setiap hari bosan tak tahu nak buat apa
   Ibarat macam tak ada kawan
   Ada telefon sendiri ibarat macam hiasan je telefon tu
   Tak pernah terima mesej dari kawan sekolah
   Selalu berkurung dalam rumah
   Kadang-kadang selalu keluar pergi gig 
   Nasib baik ada cd,kaset,zine,book and tv
   Nasib baik juga boleh dengar muzik sebagai peneman 
   Bersyukur dapat kenal dengan kawan-kawan underground walaupun baru kenal     
   Kehidupan memang ada-ada saja
   PUNKROCK OOO.. 
    

Sunday, January 1, 2012

Hari Pertama Tahun Baru

Ahad 1/1/2012 hari pertama tahun baru,pukul 1tengah hari. Aku terdengar bunyi motor posmen yang berhenti di depan pagar rumah aku. Lalu aku melihat di tingkat nampak ada 2 bungkusan surat,aku tidak pergi ambil lagi ketika tu(aku belum lagi order apa-apa barang). Kerana takut bukan surat aku. Setelah aku berada di ruang tamu sedang borak-borak dengan mak aku,abah aku keluar pergi mengambil surat itu di peti surat(abah aku time tu balik makan tengah hari di rumah). Setelah beberapa minit kemudian abah aku bagi bungkusan surat itu kepadaku. Bila aku buka je bungkusan surat tu,aku melihat terdapat beberapa zine dari mahathir(editor Lovegrass). Aku baru teringat yang awal bulan lepas aku ada cakap kat dia yang aku nak zine dia yang isu 4 dan bila zine isu 4 dia dah siap hujung bulan 12. Dia bagi tahu aku yang zine dia dah siap,tetapi aku belum ada duit lagi time tu. Banyak jugalah dia bagi stuff kat aku stiker zine dia,stiker pissar records,zine shutdown dan cd Time Is Monkey compilation(cd tu aku nak order lama dah dengan nizang tapi terlupa pulak). Baru pertama tahun baru aku sudah dapat bungkusan. Zine lovegrass #4 aku order lebih sikit sebab nak jual.